Tuesday, August 14, 2012

"Yay! Senangnya nak Dapat Duit Raya dari Annas Easkey"

Terpanggil untuk singgah ke theannaseaskey.blogspot.com milik sepenuhnya saudara Annas Easkey, bagai pucuk dicita ulam mendatang, satu peluang yang tidak patut dilepaskan, pengalaman sepanjang mengenali dunia Photography Annas Easkey membuka ruang kali ini untuk saya meluahkan sedikit pendapat sepanjang kariernya sebagai photographer. Kalau ada rezeki mungkin duit raya seperti yang dijanjikan adalah milik saya, Amin..Insyallah. 


  • Saya suka Annas Easkey kerana..
    • Menghargai sebuah seni itu adalah saya dan kerana itu saya suka Annas Easkey. Berbekalkan kepada bakat dan pengalaman memperlihatkan dirinya sebaris photographer profesional di Malaysia, malah apa yang saya lihat tidak mustahil untuk Annas Easkey melakar nama diperingkat antarabangsa suatu hari nanti, setanding photographer profesional dunia seperti Mario Testino. Kepingan gambar yang dihasilkan pastinya akan saya hayati satu persatu dan sebahagiannya akan saya simpan sebagai rujukan dan inspirasi dalam berkarya. Bagai tiada cacat cela walaupun sedikit, hampir menyempurnakan makhluk Allah pada setiap shoot yang diambil dan kemudiannya diolah untuk menghasilkan yang terbaik. Anugerah yang terindah tidak semua orang miliki. Apa yang saya suka lagi, setiap satunya kelihatan seperti hidup di dunia realiti, indah, tak lekang untuk dipandang. Setiap shutter yang dihasilkannya itu sangat berharga bagi diri saya dan kerana itu, saya berharap akan dapat bekerjasama dengannya suatu hari nanti. Siapa yang tidak mahu untuk melebarkan sayap dengan Annas Easkey? Pastinya setiap peminat yang tergila-gilakannya tidak akan melepaskan peluang sekiranya diberi ruang untuk dijadikan arca seni photography Annas Easkey.

Credit to Annas Easkey

  • Baju Raya saya bewarna..
    • Beralih pula kita kepada cerita baju raya saya. Tahun ini, warna pink menjadi tema raya bagi keluarga saya. Pink bukan striking pink ala-ala Hello Kitty ye macam yang gugirl suka tu okay. Tetapi pink yang agak dull tapi lembut, sejuk mata memandang. Haa..Lebih kurang warna di sebelah ni. Dah lama nak beli baju melayu warna pink sebenarnya tapi fikir balik tak nak la pink lembut yang macam orang nikah kahwin tu, yang tu dah plan untuk masa hari bahagia saya nanti, huhu. Tahun ni juga sebenarnya pertama kali saya beli baju siap, kalau tak selalunya mak yang akan buatkan. Sebab tak nak menambahkan lagi beban kerja mak yang masih banyak untuk menyiapkan tempahan orang lain.


  • kata-kata semangat buat Annas Easkey..
    • Buat Annas Easkey, teruskan berkarya untuk mempertingkatkan martabat bangsa kita hingga dikenali di persada antarabangsa, buka mata masyarakat mengenai dunia photography bukanlah sesuatu yang mudah seperti yang disangka, bak kata Yuna, "Setiap gambar ada lagu" dimana harga sebuah seni itu adalah tidak ternilai. Lakaran yang terhasil dalam setiap komponen kamera pastinya akan meninggalkan 1001 kenangan yang kadang-kala terpadam seketika.  Teruskan mengorak langkah dengan keyakinan dan pandangan positif setiap masa terhadap kritikan dan pujian. Tanamkan dalam diri itu dan katakan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya, Insyallah..ada petunjuk jalan kejayaan. Sentiasa ingat asal-usul kita dan jangan sesekali bangga diri dengan apa yang kita ada kerana segala-galanya hanyalah pinjaman sementara daripada Allah S.W.T. 


Terima kasih Annas Easkey!

No comments:

Post a Comment